Wednesday, 12 April 2017

K.A.M.I

السلام عليكم ورحمة الله 

Indah potret terhias di media,
Penuh canggih suntingan latar,
Berkat kesepaduan bersama,
Dapat dilihat, diguna, dipapar. 

Kepelbagaian dalam penulisan,
Kesatuan dalam tujuan,
Luahan perasaan dijadikan coretan,
Tercoret puitis dalam kenangan. 

Kami dari Unit Publisiti dan Multimedia, mengucapkan ribuan terima kasih kepada follower, likers kami di blog, Facebook dan instagram yang setia bersama kami hingga hari ini. 

So, nak tahu apa yang kami dah buat ? Haa, nanti kalau ada yang nak join unit publisiti dan multimedia boleh la baca sini sebagai panduan. Cewah, cakap macam buat semua betul je, haha, takpa, ambik yang basic je. 

Okay! 

Korang yang dah follow kami dekat media sosial ni, kalau nak tahu, post-post kami yang sebelum ni, semuanya dihasilkan dari unit kami. Haa, kena type ayat, ambik gambar, buat design itu ini. 

Semua design-design adalah yang original tau! Dengan bantuan penuh dari timbalan pengarah kami (sebab dia pandai design), kami berjaya hasilkan banner, design untuk baju, gambar dp untuk blog dan gambar dp untuk semua yang bertugas. 

So, setiap meeting atau apa-apa sahaja, kita perlu untuk ambik gambar setiap apa yang dibuat semasa persediaan untuk program ni. Ni untuk sebelum program, semasa program? Ya, sudah tentu, program la tujuan utama kami, so masa tu lah detik-detik sebenar "The Rise of Leaders". Masa diorang dari permulaan dan hasil di hujung program tu nanti, apakah manfaat yang akan kita perolehi. Kenangan yang indah, membuat tujuan hidup lebih ke arah kebaikan, in sya Allah. 

So, setakat ni, jelas tak apa yang kami sampaikan ni? 

Kami harap agar apa yang kami cerita ni dapat memberi sedikit sebanyak panduan, dan kenangan untuk korang :)

So, sekian dari kami, invite la kawan2 untuk like page kami. 
Jangan lupa, pertemuan kita bukan sampai sini je ya! Kita akan terus berhubung. 

So jangan kemana-mana, tunggu kami !


Sunday, 9 April 2017

DANA 2

بسم الله الرحمن الرحيم



⁠⁠⁠Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Hari ini kami nak share lagi antara aktiviti2 yang unit tajaan laksanakan :D

Untuk makluman semua sebelum cuti midsem sem 2 ni, kami ada buat satu kutipan sumbangan / dana dari kelas-kelas pengajian am di APIUM. Memang sangat mencabar tau. Huh serammm akak dibuatnya.

Kami buat kutipan ni seramai 4 orang. Hah ramai ke tak? Hehe ramai la tu.
Ok. Nak cerita sikit perjalanan kami masa nak kutip dana tu. Kami sampai di API pada jam 8.00 pagi sebab bas shuttle di UM ni kalau hari sabtu dan ahad datang sejam-sejam, jadi kami korbankan diri kami untuk datang sejam dari kelas tersebut bermula. Kelas tu mula pukul 9 lebih macam tu.Tapi it's okay, kami bolehla buat preparation sikit sebelum nak kutip duit tu hehehe.

Kita orang bahagi kepada dua group tau, sebab nak memudahkan dan mempercepatkan sikit kerja kami.

Bismillahirrahmanirrahim. dup dap dup dap.(bincang-bincang sikit) lepastu kami teruskan langkah berani kami untuk pergi kelas ke kelas.

Dalam pukul 9 macam tu tak ramai lagi orang yang datang, jadi kami minta je dulu kat mana-mana orang yang ada kat situ. Alhamdullillah dapat la jugak sikit-sikit. Oppps! Lupa pulak nak bagi tahu, masa nak minta sumbangan tu, jangan lupa tunjuk KKP dan surat kelulusan dulu kat mereka, kalau tak, mana maunye mereka nak percaya kita minta duit untuk apa, ish2.

Ok, lebih kurang setengah jam kemudian, BS dan DK yang terdapat di API dipenuhi oleh pelajar pengajian awam yang terdiri daripada dato'/datin/tan sri/puan sri uolls...memandangkan kami ada 2 kumpulan, 1 kumpulan perlu ke BS dan 1 kumpulan lagi perlu ke DK....

Nak tahu satu cerita tak uolls?? Waktu kumpulan kami ingin buat kutipan derma dekat situ, DK ni, lecturer tu suruh kitorang cakap dalam bahasa arab...huh..habis tersembur air liur,, haha tapi takpa. kitorang cuba jugak. nahu ke mana saraf ke mana.... kitorang pun tak tahu.hahaha.. Lecturer tu tersenyum je tengok gelagat kitorang... Alhamdulillah berjaya jugak kami membuat kutipan di DK tu..

Lepas dah settle buat kutipan, kami berkumpul di BS untuk kira jumlah kutipan derma tuuu....uolls nak tahu tak berapa jumlah yang kami dapat???
Biarlah rahsia...hehehe..

Korang mesti nak tahu kan apa ibrah yang kitorang dapat dari kutipan derma ni? 
Banyak uolls...Antaranya ialah
1) Jangan berputus asa walau macam mana pun ujian yang mendatang sebab tak ada benda yang mudah kat dunia ni uolls.
2) Letak malu tu kat tepi kalau nak berjaya.... sebab malu ni penghalang untuk kit berjaya.
3) Kena lakukan banyak pengorbanan untuk dapatkn sesuatu.. Contohnya.. kami terpaksa bangun seawal  5 pagi untuk menyediakan green tea untuk dijual...oppps, bukan terpaksa tapi rela..haha ;)

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus, kami berjaya mencari dana bagi menjayakan program ini.

Jutaan terima kasih kepada unit lain kerana membantu unit kami mncri dana.... tanpa bntuan korang, unit  kami tak mungkin berjaya...

Jangan lupa tau korang,, doakan program kami berjaya dan diberkati oleh Allah.

Okay,,dah penat menaipp.. semoga korang seronok baca kisah unit kami.hehehe ☺

Friday, 7 April 2017

Bahasa Melayu dan Bahasa Arab ~

بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak lengkap sesuatu program tanpa pendaftaran.
Tidak lengkap sesuatu prgram juga tanpa protokol.
Tiada pendaftaran maka tiadalah permulaan sesuatu program.
Tiada protokol maka tidak sempurna sesuatu program.

Assalamualaikum semuaa..
Kami dari unit pendaftaran dan protokol nak kongsi sesuatu dengan anda semua..
Haa nak tahu takk apa tugas kami untuk program ini?

Seperti yang kita semua tahu, tugas protokol ialah mengendalikan majlis.. Kami memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis, kenapa? Kerana sesebuah program tidak akan bermula selagi pengendali majlis belum sedia. Kamilah orang yang akan membuat pengumuman, serta memberi arahan kepada peserta atau tetamu yang mengambil bahagian.

Bukan senang nak jadi protokol ni. ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan.
Bermulanya sesuatu program mestilah kena daftar dulu kan...
So itulah tugas kami yang pertama iaitu menguruskan pendaftaran. 
Kena jumpa kami dulu nanti hee.
Seterusnya kami menguruskan penutupan program. Sedihnya, program tak start, dah nak tutup :(

Unit kami juga telah bekerjasama besama unit pengisian untuk membuat masterplan.. Unit kami membuat masterplan bagi pendaftaran dan penutupan program selebihnya unit pengisian yang buat.
Tentatif program Jalinan masyarakat ini dan tentatif penutupan program kami la yang buat!

Bukan itu saja!

Kami unit protokol juga menyiapkan teks untuk ucapan majlis penutupan...teks yang kami buat ada kelainan sedikit kerana kami buat dalam bahasa melayu dan bahasa arab.

Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah tentang indahnya bahasa arab dipertuturkan dalam sesuatu majlis. Selain itu, kami juga menyediakan teks pengarah ketika majlis penutupan. Unit kami juga telah bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan... Untuk pengetahuan semua, kami juga adalah unit yang bertanggungjawab membuat sijil kepada semua peserta jalinan masyarakat, tidak lengkap sesuatu program sekiranya tidak diberi sijil penghargaan kepada para peserta...

Apa yang diterangkan di atas tu hanyalah skop gerak kerja sahaja. 
Bagaimana pula dengan pengalaman kami semasa menguruskan semua gerak kerja ni? o.O

Okay...alhamdulillah semasa kami menyiapkan semua gerak kerja ni segala urusan telah dipermudahkan..dengan bantuan MT the rise of leader yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan sehinggalah segala kerja dapat dibuat dengan baik..pengalaman membuat tentatif pula bukanlah sesuatu yang mudah,,kami terpaksa memikirkan masa yang sesuai untuk memastikan program tersebut berjalan dengan baik.kami juga akan memastikan kelancaran program berjalan dengan lancar..In shaa Allah..semoga Allah permudahkan segala urusan kami. :)

Wednesday, 5 April 2017

Nak pergi naik apa ni??


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum :)

Bila bercakap pasal program kami yang akan dijalankan di Melaka ni, memang tak sah kalau tak fikirkan pasal kenderaan. Itulah jalan untuk sampaikan kami ke sana. Fikir punya fikir punya fikir, banyak cadangan yang unit pengangkutan & teknikal terima.

Antaranya bas, kereta sendiri-sendiri hahah. Ok. Basikal tu tipu. Setiap cadangan tu kami fikir baik dan buruknya pulak. Bukan senang nak jalan jauh-jauh ni. Banyak nau kene fikir. Pada pertemuan pertama, kami hanya menerima cadangan. Pertemuan kedua pulak, sambung tentang pro and con cadangan tu. Basically kami terus kepada bas sebab kami dah survey harga bas  dan harganya lebih berpatutan. Ada juga yang cadangkan untuk pergi dengan kereta. Sebabnya,  lebih mudah untuk bergerak ke mana-mana kat Melaka nanti. Nak berjalan pun bebas jugak hikss.

Bila dah ade dua suggestions yang strong ni, kami pun rujuklah penyelaras kami, Dr Selamat. Rujuk punya rujuk, Dr pun kata lebih baik kita ambil bas. Bergerak pun sama-sama, nak tidur terbongkang *kepenatan pun takde masalah dalam bas tu. Bukan kami drebar  hikks. Sorry pakcik. Nanti kami lantik sorang teman pakcik :D

Dengan itu, kami gunakan majoriti undian dan segala pujuk rayu *bagi ramai lagi undi bas, termaktublah bas sebagai kenderaan kami nanti yeayy! Finally! Segala krisis, masalah, halangan berjaya kami atasi dengan jayanya.  Alhamdulillah. Nak deal dengan tuan bas pun tak susah tau. Terharu sangat. Tak perlu susah susah kami keluar ke syarikat bas tu, tuan bas tu datang mai jumpa kami  pleasure sangat. Terima kasih tuan bas yang baik hati

inilah tuan bas kami yang comel lagi baik hati

Pengarah dan ketua unit kami sedang berbincang
dengan pakcik bas demi kemaslahatan semua
Asyik sangat ceghita pasai kenderaan, lupa pula tugas kami lagi satu, Teknikal. Tugas kami bahagian teknikal lebih kepada semasa program berlangsung. Jadi, sebelum program berlangsung, kami membantu unit lain. Contohnya unit dana yang perlukan tenaga lebih  tapi kami tak tinggai lah kerja kami. Setakat ni, tu je lah yang kami boleh cerita tentang jobskop kerja unit pengangkutan  & teknikal.

Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan projek kami di Melaka nanti. Stay tuned guys :D

The Rise Of Leaders
SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim,
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

#theriseofleaders
#jmaqsa1617

Thursday, 30 March 2017

Kebajikan Anda Keutamaan Kami

Assalamualaikum w.w

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat islam dan iman. Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah SAW dan keluarga baginda.

Alhamdulillah.. Nampaknya program kita semakin dekat dan progress setakat ni agak baik. Semua mesti berdebor-debor kan tapi pada masa yang sama mesti tak sabar nak jumpa adik-adik dekat sana. Program-program juga..keselamatan dan kebajikan jangan dilupakan.. Jadi kamilah yang akan menjaga kebajikan adik-adik SMA (JAIM) Al -Ehya Elkarim dan sahabat-sahabat syurga disana. Jadi kami nak update sikit la progress kami setakat ini.

Unit Kebajikan dan keselamatan sedia berkhidmat  Insya Allah lepas cuti mid sem  ni kami akan terus menempah roti dan air sebagai alas perut dalam bas. Yela kan dalam bas nak buat apa lagi selain tidur.

Karang ada yang kata lapar tak boleh nak tidur. Dan untuk makanan kami sepanjang di sekolah jugak dimaklumkan oleh pihak sekolah sendiri bahawa mereka akan menyediakan makanan untuk kami (makan sedap la kita) ..Kalau tak ada makanan macam mana nak berprogram kan..

Untuk memastikan adik-adik dan sahabat dunia akhirat ni dalam keadaan baik..kami dah survey  balai polis dan hospital/klinik yang terdekat..Yela kan malang tak berbau..Jadi kita kena tahu jugak sebenarnya kedudukan kalau-kalau ada kecemasa  berlaku. Tak lupa jugak first aid utk kecederaan yang tidak serius. Kami harap program kami berjalan lancar dengan izin Allah.

Tuesday, 28 March 2017

Update, update, update!

Assalamualaikum

Haaaaaaa, berdebar-debar tarikh makin dekat niii, dah tinggal berapa hari lagi dah, persiapan? Haa, sini baca meh baca, jangan malas :p

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, gerak kerja kami berjalan dengan jayanya! Walaupun macam-macam yang dah berlaku, air mata disebalik tirai, tak dapat tidur malam, ada juga yang terlupa makan, ada yang tak dapat balik ke rumah hujung minggu nak berjumpa family, itulah dugaan~ program sebenar tak start lagi, macam-macam dah berlaku nak organisasikan satu event ni!

So far so good, setiap unit makin faham mereka punya kerja "dah lama buat kerja kan?" XD, kerja pun berjalan dengan lancar, persiapan setakat ni, basically dah sampai 80%, ada sedikit lagi yang kami perlu siapkan. 

Macam mana tahu mereka berjalan dengan lancar? Yes, your answer is correct!  Meeting!

“If you had to identify, in one word, the reason why the human race has not achieved, and never will achieve, its full potential, that word would be 'meetings.” 
― Dave Barry

Itulah tujuan sebenarnya meeting, mencari kata sepakat, berkongsi idea, menyuarakan pandangan, melahirkan konsep, tujuan sesuatu perkara.

Berbincang sedikit sebanyak sambil menunggu tiba ahli lain
28 Mac 2017, meeting yang kita nampak banyaknya kemajuan,peningkatan pengetahuan para jawatankuasa yang mana maklumat yang diberi membuahkan hasil yang baru.

Bendahari memberi penerangan tu, dengar elok-elok.
Hasil dari usaha ahli-ahli jawatankuasa mencari dana, membuat housekeeping, berniaga, bajet sekarang sudah mencukupi! Alhamdulillah, ada lebih lagi, boleh tambah makanan? :D
Sekarang masih lagi berjalan kutipan dana kami, kalau nak rasa green tea kami buat, boleh la datang ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sebelah kanan kafe tu ada lah kami, jom! Kalau nak derma sahaja pun boleh :D . Kalau nak buat segala sumbangan anda boleh email kan kepada kami.

Dari segi aktiviti pula, kami akan cuba dahulu modul-modul yang kami akan buat nanti. Belajar dulu baru boleh ajar kan? Nak tahu macam mana progress? Tunggu lah xD.

"Nice la, nanti boleh aku ajar kau dulu, haha"
Sekarang kami tengah memperkenalkan unit-unit kami kat facebook dan instagram kami, so jangan lupa follow, like kami ya! Ajak kawan-kawan sekali ok :)


Kalau nak buat sumbangan jangan lupa email kan kepada kami ya!
Sekian saja dari kami, tunggu post kami yang seterusnya ya~
Assalamualaikum,

Sunday, 26 March 2017

Da alif nun alif, baca apa? DANA :D

Assalamualaikum semua,
Okay, malam ni saya share sikit apa yang unit khas dah buat ya untuk mencari dana untuk program kami ni.

Macam biasa setiap hari Ahad kami konsisten menjual bihun goreng yang warna putih tu, (tak sure nk panggil apa hihi,nak kata bihun singapore tak jugak,hmm apa-apa jela)

Awal pagi lagi kawan kita seorang ni dia hantar bihun yang kita orang order di kk12 dan hantar ke kk8.
Kami order 20 bungkus, sebenarnya nak jual di kk3,4,7,8 tapi tak jadi nak jual di kk3,4,7 sebab wakil-wakil dari kami yang nak jual di sana ramai tiada di kolej,(sobsob)sedih ada, risau ada, tapi takpe demi JM ni kami yakin 20 bungkus tu akan habis juga in sya Allah.

20!20!20
Tu banyak jugak tu nak habiskan jual kat kk8 ni ,pagi-pagi pulak agak sukar sebenarnye sebab ada yg masih nyenyak dalam mimpi mereka .

Tapi kami tak putus asa untuk terus menjual dengan muka yang penuh dengan riak wajah yang sangat bahagia di pagi hari(hihi)

Bukan senang nak senang!
Yakin la bahawa rezeki itu milik Allah ,jadi jangan pernah berputus asa!
(Ni la benda yang mengingatkan kami untuk semangat habiskan jualan bihun kami)


Pada mulanya kami menjual di block D, pastu block A, dan akhir sekali di block B, pelbagai ragam dan riak muka yang kami terima apabila mengetuk pintu bilik mereka ada yang senyum `cakap takpe terima kasih ya' ,ada juga yang ketuk pintu tapi tak dibuka buka pintunya, (kami hanya mampu senyum dan gembira sahaja, tidak perlu sedih2 kita doa dan berusaha sungguh-sungguh insya Allah akan bagi kat kita) ada yang menyambut kedatangan kami sebagai penjual dengan riak wajah yang sangat gembira :) (haha mungkin lapar sangat agaknya tak sabar tunggu bihun kami),tapi tak kesah la macam mana riak mereka pada kami yang pasti Alhamdullillah mereka dah bantu kami membeli jualan kami dan in sya allah kmi pun bantu mereka untuk hilangkn rasa lapar mereka kan. :)

Untuk pengetahuan semua kami juga ada membuat link jualan, kami dah sebarkan ke seluruh group wasup kk8, untuk memudahkan kami mendapatkan order dan membuat servis delivery kepada mereka.

Alhamdullillah berkesan jugak la (hihi), ada lah juga orang yang wasup kami untuk order sarapan bihun tu,

Alhamdullillah.
Belum smpat jual di floor2 di block C semua bihun  kami  berjaya di jual dgn larisnya.
Alhamdulillah ya Allah.
.
.
Jadi ini sahaja sedikit perkongsiam cerita jualan kami pagi tadi.

Banyak benda yang kami belajar tadi ,erti sebuah kesabaran, keberkatan, cara jualan yang betul (salah satu cara nak tarik orang beli barang kita, bawak keluar barang kita tu biar orang nampak kita jual apa, satu lagi tunjukkan riaksi muka yang tenang, happy, ikhlas, kena pandai jaga hati pelnggan, senyum dan selalu hargai pelanggan kita) hah itu sedikit perkongsian teknik jualan ya hihi,ok satu lagi apa-apa yang kita buat kene betulkan niat semuanye kerana Allah, ikhlaskan hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain (contoh macam banyak doakan untuk pelanggan kita ya)


هذا فقط مننا ،نرجو إلى الله أن يسهل كل عملنا ،إنشاء الله.   :)

Misi mencari dana

Assalamualaikum


Assalamualaikum..
Haa ni lah cerita dari kami team housekeeping kuasa 2 semalam..hehe..Group kami ada 4 orang,2 laki 2 perempuan.Tak nak mention nama takpe kan?hehe..


Dalam cik viva


Ok nak cerita mula dari UM,,ok kami naik viva tau kesana..viva?nampak kecik jer kan ,tapi besar tau buktinya..tanpa viva tak smpai lah kami ke Shah Alam tu..

Ehh terpanjang cerita pasal cik viva plak.Ok dah2.. Semalam terpaksa jugak kena kerahkan diri untuk bersiap awal sebab nak laksanakan tugas ni. Paham2 je lah kan student ni, hari minggu lah dia nak qodho tidurnya.
Kami bertolak dari UM pukul 10 pagi dan drivernya sangat pro dengan jalan KL ni. Jalan KL ni kan macam *complicated* sikit,tapi dengan adanya driver tu ,Alhamdulillah kami tak sesat dan sampai kat sana dalam pukul 11.00..Tapi sebelum tu ...haa



Milo ais yang kami order
Haa sebelum nak bekerja sebagai housekeeping tu, nak kena isi tenaga dulu kan. Ok lah, kami pun singgah makan dekat sebuah kedai ni haa..Lupa plak nama kedai tu tapi kedai tu menarik perhatian jugak lah. Ramai orang yang makan kat kedai tu, haa first impression kami "makanan sini mesti sedap "..makin lapar lah rase..hehe..Macam2 lauk pauk yang ada ..

Then,order milo ais.panas-panas terik ni pekena air milo ais best jugak, dapat legakan sikit dahaga ni..!
Ok dah siap makan kami pn gerak untuk ke tempat perumahan yg berhampiran dengan kedai makan tu ..^^..Next?
     


Tekan loceng dulu

Ustaz Taoufiq memberi salam
  
                       

Psst..ni first rumah yg kami pergi. Mula-mula tu agak kekok lah kan, tengok rumah besar-besar ni, nak panggil macam mane eh?
Fikir punya fikir, terlupa ada loceng kat depan pintu pagar tu..haa ape lagi, kami tekan lah loceng tu kan, tapi tuan rumah tak keluar-keluar aih..nampak kawasan rumah pun semacam sunyi jer, mungkin musim orang bercuti kut..
Frust tak?hehe ,ada lah jugak tapi kan ni baru first rumah, mane tahu rezeki ada dekat rumah seterusnya kan . .
Kami team kuasa 2 dengan semangat lagi pergi ke rumah seterusnya.. Alhamdulillah,  Allah mudahkan, rumah tu takde lah besar sangat, tapi pemiliknya sangat baik hati. Banyak juga dia bagi.. Alhamdulillah syukur.. ..Haa kami ada lah jugak tawarkan diri untuk kemas2 rumah dia kan, tapi dia kate "takpe sebab dia pun baru siap kemas-kemas semua ni"..Nampak tak ikhlasnya disitu.. Herm,
tetiba pulak teringat kebaikan mak cik tu, dia mintak kami doakan anak2 dia supaya dapat berjaya macam kami.. Aamin mak cik ,moga Allah sahaja dapat balas jasa mak cik ...


Meneruskan misi


Ok jam dah menunjukkan pukul 12.. Terik matahari terpacak kat kepala.. demi dana kami teruskan

Sebelum sampai kat rumah ni ,banyak lah jugak rumah yang kami pergi ,tapi macam keseluruhannya macam tak perlukan khidmat kami dan takde duit nak bagi..sedih tak? Sedih la jugak kan. Mungkin Allah nak bagi rumah yang seterusnya kut..sabar-sabar, banyakkan berdoa..hehe.. Next Next, sampai dekat rumah ni, mula-mula tu intai-intai dulu kan kut-kut takde penghuni ke.. rupa-rupanya tertengok pintu rumah tu ada terbuka sikit, apa lagi lajuu jer tangan kami tekan loceng tu..Pup.!..hehe..Rezeki ni..
Lepas tu keluar lah sorang pakcik ni dari rumah, muka manis kulit sawa matang lah katakan.. haa setelah kami terangkan tujuan dan hajat ,dia suruh kami masuk.

Eh semua team kami malu2.. memang segan lah kan, tak sempat kenal apa-apa lagi dah peramah macam ni..
Lepas tu pakcik tu pun bagi kami duit, Allah syukur sangat2 sebab tak jangka apa yang kami dapat dari rumah pakcik ni sebanyak ni.. Mungkin tak terluah dari kata2, tapi hati kami terluah dengan doa semoga pakcik ni dimurahkan rezeki..Aamin..

Tapi tapi pak cik ni pun taknak kami kemas-kemas rumah dia jugak, katanya ikhlas nak bantu kami..
Herm, memang penduduk kat situ semua ikhlas-ihklas ea,hehe ..nanti boleh la nak kutip dana kat situ lagi kan? Tetiba tercetus idea ni ..
Ok jam pun dah menunjukkan pukul 1,mungkin ini rumah yang last yang kami kunjung kut sebab pukul 1 kan biasanya waktu org rehat-rehat, masak-masak, mesti tuan rumah tak sempat nak layankan kami ..


Ok..Jom bertolak balik ke um..!. Driver pun dah siap tunggu dalam kereta tu, nanti tak pasal-pasal pulak kami geng-geng perempuan ni kena tinggal..hehe. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke UM tu ok lah.. Jem kat jalan sikit-sikit tu adalah, tapi tak ada lah sampai jem berjam-jam kan..
Dalam pukul 2 petang, Alhamdulillah kami selamat sampai ke UM,kalau nk kira penat tu memang penat lah kan, tapi berkat semangat semua, kepenatan tu tak rasa pun..huh..!.Alhamdulillah... Ok kat sini, nak buat kesimpulan, mula-mula tu memang title dan tujuan kami nak buat housekeeping, tapi tittle tu berubah bila semua ikhlas nak bagi derma.

Apapun terima kasih korang sebab sudi baca cerita kami yang kadang memboringkan ni..
Doakan kejayaan Jalinan Masyarakat kami k?

Jangan lupa tau ikuti  cerita di blog kami yg seterusnya..

Sincerely Team Housekeeping kuasa 2☺

Tuesday, 21 March 2017

Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat!

بسم الله الرحمن الرحيم

 Anjung surau API
Alhamdulillah, program semakin hari semakin dekat, perancangan? Haa, mestilah kena jalan kan?
So, mesyuarat lah kita, untuk tahu apa yang dah buat, jalan ke tak kan? Pengarah kena ambik tahu ni, sebab dia pun kena bagitahu dekat penyelaras nanti, kita yang bekerja pun, kena selalu update!
Khusyuk mendengar Unit Aktiviti memberi penerangan.

Ketua Unit Aktiviti, Nasharudin memberikan penerangan.

Kali ni, post digabungkan sekali dengan minggu lepas, maaf la ya, sebab kami rasa mungkin kamu yang membaca bosan dengan post pasal mesyuarat je kan? Tapi, apapun kena tulis jugak, supaya kita tak leka dari melakukan tugasan yang sepatutnya dilakukan. :D . Mesyuarat lah tempat dimana kita membincangkan perkara-perkara asas tentang program, base of the program, kalau tak ada base, macam mana nak dirikan program? We plan, we create the base and stand the pillars, hence the walls and lastly the building!

Kadang-kadang, mesyuarat yang kita pandang remeh ni lah sebenarnya perkara yang amat penting. Kalau awal-awal kita dah endah tak endah dengan perkara ni, macam mana kita nak beri komitmen untuk perkara lain? 

Minggu lepas^^ 14 Mac 2017
Biasanya kalau benda tu beri kesan yang besar pada kita, kita akan ambik berat tentang sesuatu itu.

Contoh la ya, contoh: Kalau kita dah dekat dengan masa untuk presentation, kita akan kalut, akan cuba untuk siapkan benda tu dengan sebaik mungkin, kita akan beri keutamaan kepada apa yang kita rasa penting ni, kita rela tangguhkan benda lain, semata-mata nak siapkan kerja untuk presentation ni. Kalau member ajak keluar, memang tak la kan? Yup, sebab kita dah ada dalam mindset kita, "esok nak kena present, so kerja kena siapkan, kalau tak siap, habis la carry mark aku". 

Ngantuk tak? "Adalah sikit, hee"
Priority.

So, sepatutnya kita kena set priority tentang apa yang penting, apa yang kurang penting, apa yang boleh dilakukan kemudian, apa yang sepatutnya disiapkan dalam masa terdekat.

Eh, panjang pula ceritanya, hehe. Terlupa pula nak cerita pasal mesyuarat tu.
p/s: Apapun, ambik la apa yang baik, ikut, buat. :D

Mesyuarat minggu lepas dan mesyuarat minggu ni, unit aktiviti akan banyak memberi penerangan disebabkan itulah tunjang utama program. Tak ada mereka, tak jalanlah program kan? So, aktiviti yang menarik dah disusun, cadangan-cadangan yang dikemukakan pun banyak. Hmm, nak tahu apa aktiviti? Kena lah selalu follow aktiviti kami, kalau cakap sekarang, mesti kamu semua tak baca dah lepas ni kan? Heeee ~ 

Ketua Unit Pengangkutan(baju purple) tengah bagi penerangan
Unit-unit lain pun tak kurangnya menceritakan apa yang mereka dah lakukan, antara yang menarik ialah unit pengangkutan. Pengangkutan yang akan kami gunakan ialah bas. Agak-agaknya menarik tak jalan-jalan dengan bas ni? 
"Mestilah, korang semua mesti tidur punya masa bas tu gerak, aku bagi 5 minit je, alahh, mesti tidur punya", kata seorang dari kami xD

Unit multimedia, yeah, kami lah! Haa, agak-agak menarik tak baca blog ni? Ke tak suka :( ? 
Boleh mesej kami untuk penambahbaikan kami serta kepuasan untuk kamu semua ~
Boleh juga komen tentang facebook dan ig kami.
Tapi like dan follow dulu lah ya, baru boleh mesej xD

In sya Allah, jumpa lagi dalam post yang seterusnya! 
Assalamualaikum.

Monday, 20 March 2017

MT bermeeting dan first site visit

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum :)
Dah masuk minggu keenam semester kedua dan progres program Rise of Leader masih berjalan sebelum tarikh program yang bakal berlangsung tak lama lagi. masa yang kami ada untuk buat persiapan tinggal tak lebih tak kurang mungkin dalam tiga empat minggu je lagi. oh nervousnya!

jadinya disini, nak cerita sikit sebanyak progress kitorang agar anda diluar sana yang ternanti-nantikan program ni tak tertanya-tanya atau curious melampau pasal program kami ni hoho

tanggal 16 Mac 2017 bersamaan hari khamis, barisan-barisan MT mengadakan meeting tergempar bersama penyelaras program kami, Dr Selamat bin Amir. apa yang dibincangkan? biarlah rahsia haha achewaah. cukuplah sekadar anda tahu bahawa kami barisan MT ni terketar-ketar nak update progress program, bimbang kalau tak meet-up to expectation penyelaras kitorang. huh~ ofkos lah dalam meeting tu Dr selitkan juga nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan untuk kami semua agar dapat buat penambahbaikan demi kejayaan program yang cemerlang, gemilang lagi terbilang.

tadaaa~ ni lah barisan MT yang berkaliber bersama
penyelaras kami yang segak lagi bergaya fuhh
okey. done pasal meeting MT bersama penyelaras. sikit kan kan kan kan? of course lah kena brief je sebab isi meeting ni rahsia tauu haha okey lah tu cerita sikit supaya anda tak menangis melutut ditepi bucu meja sebab taktahu isi meeting kami. but worry not, cerita seterusnya sangat menarik sampaikan anda akan lupa pasal meeting MT kami. in shaa Allah. janji tak tipu.

keesokan harinya iaitu hari Jumaat, 4 orang insan terpilih iaitu pengarah, timbalan pengarah, bendahari dan HOU (baca: ketua unit) Aktiviti dan Program set an adventure to Kota Melaka yang terkenal sebagai bandaraya paling bersejarah dekat Malaysia. tapi sebenarnya kitorang pergi site visit buat kali yang pertama achewwah acah acah architect pulak kan. tapi betul lah, kitorang pergi melawat sekolah yang bakal kami adakan program Rise of Leader yang in shaa Allah gempak lagi kebabomm!

kami bertolak pukul 12 dari UM dan singgah masjid tengah jalan sebab dua hero Malaya kita berhenti solat Jumaat. selepas dua jam meredah lebuhraya, akhirnya kami sampai terpacak depan pintu pagar SMA Al-Ehya' El-Karim jam 2.45 petang. Alhamdulillah.


kat sana, kitorang berjumpa dengan kaunselor sekolah yang sangat baik, cantik lagi friendly, Cikgu Norlee. kalau nak tahu, dengan Cikgu Norlee lah kami berurusan dan berbincang mengenai perjalanan program. shocking news, kitorang diminta untuk ubah tarikh program sesuai dengan jadual pelajar tingkatan 5. what??! makanya, tarikh program kami yang sepatutnya pada 21 hingga 23 April dipercepatkan dan bakal diadakan pada 14 hingga 15 April. in shaa Allah. pengajaran dia kat sini, betullah kita sekadar merancang, tapi Allah yang menyusun atur dan memilih mana yang lebih baik untuk kita. pastu, kitorang diingatkan jugak, program hanya dibenarkan berjalan dalam kawasan sekolah. pengarah kemain mintak nak bawak budak jalan-jalan pantai kan sebab kebetulan sekolah tu dekat dengan kawasan pantai, tapi tapi tapi haaa~ jeng jeng~~ kitorang tak dibenarkan buat macam tu sebab kawasan pantai Melaka ni bahaya. sebab? ada cik Bu. tau tak cik Bu tu apa? nama english dia Miss Croc. tetiba seram pulak kan. diam membisu kitorang dengar cikgu cakap macam tu. telan air liur dan bawak mengucap.

khusyuknashadi berbincang
dalam kitorang berbincang, ada jugak diselitkan sesi kaunseling secara berjemaah. kesan sampingan berbincang dengan seorang kaunselor mungkin haha. perasaan dapat sesi kaunseling percuma tu sangat bestt sebab ye lah, dah la free pastu dah berapa lama kita tinggalkan dunia persekolahan yang ada orang caring lagi peduli pasal masa depan kita kan. tiba-tiba throwback perasaan dulu-dulu pulak kan. bak kata ketua unit Aktiviti dan Program, "dah lama tak rasa kena kaunseling macam ni". 

sesi kami di kaunseling~~



okey, lepas habis sesi berbincang, Q&A dan kaunseling, cikgu Norlee pun ajak kitorang minum dekat luar. fuyyo excited tauu. Alhamdulillah rezeki. tapi sebelum tu kitorang pusing-pusing sekolah dulu, ambik gambaran kasar bila program nak jalan nanti. masyaAllah sekolah tu cantik sangat. fasiliti sangat okey. thumbs up.

sesi tour sekolah
Cikgu Norlee pun bawak kami minum coconut shake dekat luar. ya Allah, nikmat sedap tu hanya Allah yang tahu. tengah panas-panas kan pastu minum coconut shake fuhhh dan ada antara kitorang yang makan rojak, laksa dan mee rebus. sedap. lagi sedap sebab kitorang dibelanja hihi lepas perut terisi, makanya kami pun pulang ke UM. selepas meredah traffic jam dan hujan, kira-kira jam 7.30 malam kami tiba dalam kawasan UM dengan selamat. Alhamdulillah sujud syukur.

Habis lah cerita short journey kitorang. seronok kan? lepas pergi melawat sekolah tu, rasa berkobar-kobar semangat nak jayakan program dengan sebaiknya. tak sabar rasanya nak tunggu hari kejadian program tiba. mungkin itulah hikmah tarikh dipercepatkan, sebab Dia lebih tahu kita tak mampu nak tahan rasa excited berprogram kat sana. hehe. tapi apapun, tugas sebelum program perlu dijalankan dengan sebaiknya kalau nak hasilnya gempak kebabomm gituhh. in shaa Allah biiznillah.

adik-adik tingkatan 5 SMA Al-Ehya' El-Karim, kami taksabar nak bertemu anda semua. yeahuu.

nantikan update kami yang seterusnya. in shaa Allah kami setia mengupdate untuk anda. terima kasih dan assalamualaikum :)

Thursday, 2 March 2017

Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Unit.

بسم الله الرحمن الرحيم

"Saya tak nak cakap panjang di sini, unit-unit selain dari keselamatan dah boleh mulakan tugas buat masa sekarang", ujar pengarah program pada awal mesyuarat. Beliau juga memberi penerangan tambahan tentang apa yang patut dibuat oleh unit-unit tersebut.

Inilah pengarah program kami! Segak baq ang :D
Setiausaha program, Faiz menyambung ucapan pengarah dan memberi input lebih terperinci.
p/s: Ambik ilmu dari orang yang ada pengalaman ya, penting!

Setiausaha program memberikan penerangan.
Ketua-ketua unit kemudiannya bagitahu bajet yang mereka perlukan untuk teruskan tugas mereka. Bertukar pendapat antara satu sama lain banyak memberikan kami idea untuk menambahbaik program! So, jangan malu jangan segan nak kongsi apa yang kita tahu, barangkali ia berguna, mungkin ia boleh ditambahbaik, siapa tahu kan? So, kongsi!

Ketua-ketua unit berbincang :O

Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Tuesday, 28 February 2017

Mesyuarat Kali Ketiga.



بسم الله الرحمن الرحيم


Seusai solat maghrib, bergegas kami ke perkarangan anjung surau di Akademi Pengajian Islam. Kami berkumpul di sana, dan tepat pada jam 8.25malam, mesyuarat kami yang ketiga dimulakan!

"Al-fatihah" Shukri memulakan majlis. Kemudian, dia menyambung lagi "Pilihan ke rumah anak yatim kita tak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu". Tidak dapat tidak, program yang kedua iaitu program ke sekolah menengah menjadi pilihan. Atas kecekapan pengarah program, sekolah telah pun dia pilih! Iaitu SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim yang terletak di Melaka.
63 orang peserta akan menyertai program terserbut nanti yang akan dijalankan selama 3 hari 2 malam dari 13 hingga 15 April 2017.

Kemudian tibalah pula giliran ketua-ketua unit untuk memberi maklumbalas tentang gerak kerja yang mereka telah jalankan. Oh, sebelum saya lupa, kami terdiri dari tujuh jawatankuasa. Antaranya ialah unit program dan aktiviti, publisiti dan multimedia, protokol dan pendaftaran, logistik dan cenderamata, kebajikan dan keselamatan, tajaan dan hubungan korporat dan yang terakhir ialah teknikal dan pengangkutan.

p/s: Tarikh semakin dekat dengan program. Perancangan masih lagi dalam proses permulaan, moga apa yang kami buat dibantu Allah. Harapan yang besar agar program berjalan dengan lancarnya. Namun, kita insan, tidak sempurna, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun, mestilah belajar dari kesilapan agar kita dapat mengubah diri kita menjadi insan yang lebih cemerlang. GAMBATTE! 

Bulatan kasih sayang AQSA :)

Manusia megah mencapai cita,
Mencari kesempurnaan dalam segala,
Kita insan sentiasa lupa,
Allah sahaja Yang Maha Sempurna.

Namun ini bukanlah alasan,

Untuk insan mundur kebelakang,
Tetaplah insan maju kehadapan,
Belajarlah dari silap yang silam.

Wednesday, 22 February 2017

Mesyuarat Kali Kedua :D


بسم الله الرحمن الرحيم 



Jam 8.30 malam, perjumpaan pertama kami bersama penyelaras program kami iaitu Dr Selamat Amir, sepatutnya bermula jam 8.00 malam, disebabkan ramai yang lewat, terpaksa la dianjakkan sikit masa, and, first impression yang kitaorang bagi kepada Dr Selamat amatlah buruk. First meeting pun dah lewat, apa nak jadi lain kali! Dr Selamat agak kecewa dan Dr berikan sedikit penegasan agar kita patuh kepada masa, punctual!

Mulalah pengarah program kami, Shukri (nama pendek ; Shuk), memberi penerangan. Dimulai dengan basmalah dan Al-fatihah. "Carta organisasi kami telah susun, dipersilakan setiap unit untuk perkenalkan diri." Berlakulah sesi ta'aruf dengan penyelaras kami. Shuk, kemudiannya menerangkan tentang perbincangan program yang akan kami jalankan kepada Dr Selamat. "Kami telah sampai kepada dua keputusan, iaitu, antara rumah anak yatim ataupun sekolah menengah".


Semua khusyuk mendengar perkongsian Dr Selamat.

Dr Selamat kemudiannya, terus berkongsi idea-idea tentang apa yang kami boleh di tempat-tempat program yang akan kami jalankan. Selepas itu, dia kongsi jugak tentang cara-cara dan tempat untuk kami minta dana bagi menampung program ni, maklumlah, program kena cari dana sendiri kan?\


Dr Selamat menyenaraikan komponen-komponen penting yang  perlu kami titikberatkan.

Niat: ikhlas!
Akhir sekali, penyelaras ingatkan kami "Kita bekerja mesti dengan niat yang ikhlas, barulah apa yang kita buat ini diberkati dan dapat memberi manfaat untuk orang yang lain, in sya Allah".

Betullah kan, jika kita sendiri tak ikhlas, bagaimana nak ikhlaskan orang untuk berubah? :)


Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Saturday, 18 February 2017

Ready, Get Set.. Go !

بسم الله الرحمن الرحيم

First of all, sebelum nak tentukan hala tuju program, kita haruslah membentuk kumpulan. Bagaimana nak bermula sesuatu jika tiada organisasi? Tiada kumpulan? Siapa yang nak memimpin? Siapa yang nak selesaikan tugas itu dan ini? 

Setiap organisasi perlulah ada pemimpin untuk memimpin kita menjalankan tugas, agar kita jelas tentang apa yang kita hendak buat, apa tujuan program, apa yang kita akan beri dan apa yang kita juga akan perolehi. 

Buat apa berprogram, jika tidak mendatangkan faedah?
Rugilah kita jika tidak mengambil peluang yang telah diaturkan; yang mana ia membantu kita untuk lebih bertanggungjawab, peka, aktif dan yang penting sekali, dapat kita bersama dengan masyarakat. Inilah yang dapat membantu kita daripada menjadi 'siswa tidak tahu itu dan ini', malah menjadikan kita mahasiswa yang lebih 'fangsyen', hehe, function!

Kerah keringat teguh semangat,
Hadap halangan penuh kental,
Jangan mengalah kerana penat,
Usaha murni hasilnya kekal!

Namun haruslah kita tidak lupa, niat, penentu segala apa yang kita buat.
Jika kita betul-betul hendak melakukan perubahan, Allah akan bantu kita, jika niat kita selain dari itu, lainlah apa yang kita dapat dari apa yang kita buat.

Bila niat sudah ada, so teruslah kita dengan mesyuarat pemilihan jawatan. Jawatan dibahagi kepada Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa. Atas sebab privasi, sesetengah nama kami tidak boleh dedahkan.
'Semoga yang diberi jawatan dapat melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Amin.'

Sebelum diadakan mesyuarat, semua orang diingatkan agar dapat beri satu atau lebih cadangan masa mesyuarat nanti. Bermacam-macam idea keluar masa kami meeting tu, pergh! Ada yang cadang untuk buat program di kawasan gelandangan, ada juga di pusat pesakit HIV, di kampung orang asli dan bermacam-macam lagi. Tapi apakan daya, cadangan tidak akan diguna sehinggalah ahli-ahli bersetuju untuk mengadakan program di tempat tersebut. Maka, undian pun dijalankan.

Hasilnya..........

Cuba teka! ;D

Haa, undian tertinggi jatuh kepada rumah anak yatim dan sekolah menengah. Dua tempat ini akan diajukan kepada penyelaras pada masa mesyuarat yang seterusnya.
Agak-agak apa yang dia akan pilih ya? Kalau nak tahu, follow up dengan kami pada post yang berikutnya! Jaa na!

Setelah itu, majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

p/s: Tanggungjawab, setiap kita ada tanggungjawab masing-masing, tidak ada yang dapat lari dari persoalan tentang tanggungjawabnya. Barangsiapa yang mengkhianati amanahnya, sangatlah buruk akibatnya. Peganglah tanggungjawab dengan amanah, moga Allah redha.

Friday, 17 February 2017

Salam Kenal

Tiada cara yang lebih sesuai untuk memulakan post pertama melainkan dengan ungkapan lafaz mulia basmalah.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila sesorang itu menjadi mahasiswa, bermakna dia juga telah memegang title sebagai seorang yang terpelajar. Nama mahasiswa itu sudah cukup untuk membuatkan masyarakat sekeliling percaya dan meletakkan harapan pada mereka untuk menambah baik mutu hidup awam.

Tapi, itu dulu.
Sedar atau tidak, akhir-akhir ini rungutan tentang ketidak fleksibelan mahasiswa semakin meningkat. "Siswa tidak tahu ini", "siswa tidak tahu itu", "siswa kurang tahu" dan banyak lagi . Lebih malang lagi, apabila mahasiswa dikatakan tidak maju dan tidak serba boleh seiring dengan nama mahasiswa itu sendiri. 

Atas dasar itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membetulkan silap pada mahasiswa dalam usaha menukar perspektif negatif yang telah tercalit pada pandangan masyarakat. Perkara ini bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila hal ini timbul dek kemajuan teknologi yang menghakis tujuan sebenar menjadi mahasiswa. Namun tidak bermakna ianya mustahil.

Salah satu inisiatif yang ada, dan dilaksanakan oleh Universiti Malaya adalah dengan mewujudkan kursus universiti ; Jalinan Masyarakat. Subjek ini yang diwajibkan bagi semua pelajar melatih untuk memasyarakatkan pelajar dan mengilap kemahiran insaniah mereka.

Bagaimana ? 

Nah, inilah sebab blog ini kami wujudkan. Untuk berkongsi perjalanan yang bakal kami tempuhi dan dari sudut apa sebenarnya kursus ini dapat menghidupkan kembali sisi-sisi mahasiswa yang dikatakan telah hilang ditelan arus zaman.

Teruskan bersama kami, nantikan post seterusnya!

Dan.. Salam Kenal :)