Assalamualaikum
Haaaaaaa, berdebar-debar tarikh makin dekat niii, dah tinggal berapa hari lagi dah, persiapan? Haa, sini baca meh baca, jangan malas :p
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam, gerak kerja kami berjalan dengan jayanya! Walaupun macam-macam yang dah berlaku, air mata disebalik tirai, tak dapat tidur malam, ada juga yang terlupa makan, ada yang tak dapat balik ke rumah hujung minggu nak berjumpa family, itulah dugaan~ program sebenar tak start lagi, macam-macam dah berlaku nak organisasikan satu event ni!
So far so good, setiap unit makin faham mereka punya kerja "dah lama buat kerja kan?" XD, kerja pun berjalan dengan lancar, persiapan setakat ni, basically dah sampai 80%, ada sedikit lagi yang kami perlu siapkan.
Macam mana tahu mereka berjalan dengan lancar? Yes, your answer is correct! Meeting!
“If you had to identify, in one word, the reason why the human race has not achieved, and never will achieve, its full potential, that word would be 'meetings.”
― Dave Barry
― Dave Barry
Itulah tujuan sebenarnya meeting, mencari kata sepakat, berkongsi idea, menyuarakan pandangan, melahirkan konsep, tujuan sesuatu perkara.
![]() |
| Berbincang sedikit sebanyak sambil menunggu tiba ahli lain |
![]() |
| Bendahari memberi penerangan tu, dengar elok-elok. |
Hasil dari usaha ahli-ahli jawatankuasa mencari dana, membuat housekeeping, berniaga, bajet sekarang sudah mencukupi! Alhamdulillah, ada lebih lagi, boleh tambah makanan? :D
Sekarang masih lagi berjalan kutipan dana kami, kalau nak rasa green tea kami buat, boleh la datang ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sebelah kanan kafe tu ada lah kami, jom! Kalau nak derma sahaja pun boleh :D . Kalau nak buat segala sumbangan anda boleh email kan kepada kami.
Dari segi aktiviti pula, kami akan cuba dahulu modul-modul yang kami akan buat nanti. Belajar dulu baru boleh ajar kan? Nak tahu macam mana progress? Tunggu lah xD.
![]() |
| "Nice la, nanti boleh aku ajar kau dulu, haha" |
Sekarang kami tengah memperkenalkan unit-unit kami kat facebook dan instagram kami, so jangan lupa follow, like kami ya! Ajak kawan-kawan sekali ok :)
Kalau nak buat sumbangan jangan lupa email kan kepada kami ya!
Sekian saja dari kami, tunggu post kami yang seterusnya ya~
Assalamualaikum,



No comments:
Post a Comment