Tuesday, 28 February 2017

Mesyuarat Kali Ketiga.



بسم الله الرحمن الرحيم


Seusai solat maghrib, bergegas kami ke perkarangan anjung surau di Akademi Pengajian Islam. Kami berkumpul di sana, dan tepat pada jam 8.25malam, mesyuarat kami yang ketiga dimulakan!

"Al-fatihah" Shukri memulakan majlis. Kemudian, dia menyambung lagi "Pilihan ke rumah anak yatim kita tak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu". Tidak dapat tidak, program yang kedua iaitu program ke sekolah menengah menjadi pilihan. Atas kecekapan pengarah program, sekolah telah pun dia pilih! Iaitu SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim yang terletak di Melaka.
63 orang peserta akan menyertai program terserbut nanti yang akan dijalankan selama 3 hari 2 malam dari 13 hingga 15 April 2017.

Kemudian tibalah pula giliran ketua-ketua unit untuk memberi maklumbalas tentang gerak kerja yang mereka telah jalankan. Oh, sebelum saya lupa, kami terdiri dari tujuh jawatankuasa. Antaranya ialah unit program dan aktiviti, publisiti dan multimedia, protokol dan pendaftaran, logistik dan cenderamata, kebajikan dan keselamatan, tajaan dan hubungan korporat dan yang terakhir ialah teknikal dan pengangkutan.

p/s: Tarikh semakin dekat dengan program. Perancangan masih lagi dalam proses permulaan, moga apa yang kami buat dibantu Allah. Harapan yang besar agar program berjalan dengan lancarnya. Namun, kita insan, tidak sempurna, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun, mestilah belajar dari kesilapan agar kita dapat mengubah diri kita menjadi insan yang lebih cemerlang. GAMBATTE! 

Bulatan kasih sayang AQSA :)

Manusia megah mencapai cita,
Mencari kesempurnaan dalam segala,
Kita insan sentiasa lupa,
Allah sahaja Yang Maha Sempurna.

Namun ini bukanlah alasan,

Untuk insan mundur kebelakang,
Tetaplah insan maju kehadapan,
Belajarlah dari silap yang silam.

Wednesday, 22 February 2017

Mesyuarat Kali Kedua :D


بسم الله الرحمن الرحيم 



Jam 8.30 malam, perjumpaan pertama kami bersama penyelaras program kami iaitu Dr Selamat Amir, sepatutnya bermula jam 8.00 malam, disebabkan ramai yang lewat, terpaksa la dianjakkan sikit masa, and, first impression yang kitaorang bagi kepada Dr Selamat amatlah buruk. First meeting pun dah lewat, apa nak jadi lain kali! Dr Selamat agak kecewa dan Dr berikan sedikit penegasan agar kita patuh kepada masa, punctual!

Mulalah pengarah program kami, Shukri (nama pendek ; Shuk), memberi penerangan. Dimulai dengan basmalah dan Al-fatihah. "Carta organisasi kami telah susun, dipersilakan setiap unit untuk perkenalkan diri." Berlakulah sesi ta'aruf dengan penyelaras kami. Shuk, kemudiannya menerangkan tentang perbincangan program yang akan kami jalankan kepada Dr Selamat. "Kami telah sampai kepada dua keputusan, iaitu, antara rumah anak yatim ataupun sekolah menengah".


Semua khusyuk mendengar perkongsian Dr Selamat.

Dr Selamat kemudiannya, terus berkongsi idea-idea tentang apa yang kami boleh di tempat-tempat program yang akan kami jalankan. Selepas itu, dia kongsi jugak tentang cara-cara dan tempat untuk kami minta dana bagi menampung program ni, maklumlah, program kena cari dana sendiri kan?\


Dr Selamat menyenaraikan komponen-komponen penting yang  perlu kami titikberatkan.

Niat: ikhlas!
Akhir sekali, penyelaras ingatkan kami "Kita bekerja mesti dengan niat yang ikhlas, barulah apa yang kita buat ini diberkati dan dapat memberi manfaat untuk orang yang lain, in sya Allah".

Betullah kan, jika kita sendiri tak ikhlas, bagaimana nak ikhlaskan orang untuk berubah? :)


Majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Saturday, 18 February 2017

Ready, Get Set.. Go !

بسم الله الرحمن الرحيم

First of all, sebelum nak tentukan hala tuju program, kita haruslah membentuk kumpulan. Bagaimana nak bermula sesuatu jika tiada organisasi? Tiada kumpulan? Siapa yang nak memimpin? Siapa yang nak selesaikan tugas itu dan ini? 

Setiap organisasi perlulah ada pemimpin untuk memimpin kita menjalankan tugas, agar kita jelas tentang apa yang kita hendak buat, apa tujuan program, apa yang kita akan beri dan apa yang kita juga akan perolehi. 

Buat apa berprogram, jika tidak mendatangkan faedah?
Rugilah kita jika tidak mengambil peluang yang telah diaturkan; yang mana ia membantu kita untuk lebih bertanggungjawab, peka, aktif dan yang penting sekali, dapat kita bersama dengan masyarakat. Inilah yang dapat membantu kita daripada menjadi 'siswa tidak tahu itu dan ini', malah menjadikan kita mahasiswa yang lebih 'fangsyen', hehe, function!

Kerah keringat teguh semangat,
Hadap halangan penuh kental,
Jangan mengalah kerana penat,
Usaha murni hasilnya kekal!

Namun haruslah kita tidak lupa, niat, penentu segala apa yang kita buat.
Jika kita betul-betul hendak melakukan perubahan, Allah akan bantu kita, jika niat kita selain dari itu, lainlah apa yang kita dapat dari apa yang kita buat.

Bila niat sudah ada, so teruslah kita dengan mesyuarat pemilihan jawatan. Jawatan dibahagi kepada Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa. Atas sebab privasi, sesetengah nama kami tidak boleh dedahkan.
'Semoga yang diberi jawatan dapat melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin. Amin.'

Sebelum diadakan mesyuarat, semua orang diingatkan agar dapat beri satu atau lebih cadangan masa mesyuarat nanti. Bermacam-macam idea keluar masa kami meeting tu, pergh! Ada yang cadang untuk buat program di kawasan gelandangan, ada juga di pusat pesakit HIV, di kampung orang asli dan bermacam-macam lagi. Tapi apakan daya, cadangan tidak akan diguna sehinggalah ahli-ahli bersetuju untuk mengadakan program di tempat tersebut. Maka, undian pun dijalankan.

Hasilnya..........

Cuba teka! ;D

Haa, undian tertinggi jatuh kepada rumah anak yatim dan sekolah menengah. Dua tempat ini akan diajukan kepada penyelaras pada masa mesyuarat yang seterusnya.
Agak-agak apa yang dia akan pilih ya? Kalau nak tahu, follow up dengan kami pada post yang berikutnya! Jaa na!

Setelah itu, majlis ditutup dengan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

p/s: Tanggungjawab, setiap kita ada tanggungjawab masing-masing, tidak ada yang dapat lari dari persoalan tentang tanggungjawabnya. Barangsiapa yang mengkhianati amanahnya, sangatlah buruk akibatnya. Peganglah tanggungjawab dengan amanah, moga Allah redha.

Friday, 17 February 2017

Salam Kenal

Tiada cara yang lebih sesuai untuk memulakan post pertama melainkan dengan ungkapan lafaz mulia basmalah.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila sesorang itu menjadi mahasiswa, bermakna dia juga telah memegang title sebagai seorang yang terpelajar. Nama mahasiswa itu sudah cukup untuk membuatkan masyarakat sekeliling percaya dan meletakkan harapan pada mereka untuk menambah baik mutu hidup awam.

Tapi, itu dulu.
Sedar atau tidak, akhir-akhir ini rungutan tentang ketidak fleksibelan mahasiswa semakin meningkat. "Siswa tidak tahu ini", "siswa tidak tahu itu", "siswa kurang tahu" dan banyak lagi . Lebih malang lagi, apabila mahasiswa dikatakan tidak maju dan tidak serba boleh seiring dengan nama mahasiswa itu sendiri. 

Atas dasar itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membetulkan silap pada mahasiswa dalam usaha menukar perspektif negatif yang telah tercalit pada pandangan masyarakat. Perkara ini bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila hal ini timbul dek kemajuan teknologi yang menghakis tujuan sebenar menjadi mahasiswa. Namun tidak bermakna ianya mustahil.

Salah satu inisiatif yang ada, dan dilaksanakan oleh Universiti Malaya adalah dengan mewujudkan kursus universiti ; Jalinan Masyarakat. Subjek ini yang diwajibkan bagi semua pelajar melatih untuk memasyarakatkan pelajar dan mengilap kemahiran insaniah mereka.

Bagaimana ? 

Nah, inilah sebab blog ini kami wujudkan. Untuk berkongsi perjalanan yang bakal kami tempuhi dan dari sudut apa sebenarnya kursus ini dapat menghidupkan kembali sisi-sisi mahasiswa yang dikatakan telah hilang ditelan arus zaman.

Teruskan bersama kami, nantikan post seterusnya!

Dan.. Salam Kenal :)