Friday, 17 February 2017

Salam Kenal

Tiada cara yang lebih sesuai untuk memulakan post pertama melainkan dengan ungkapan lafaz mulia basmalah.

 بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila sesorang itu menjadi mahasiswa, bermakna dia juga telah memegang title sebagai seorang yang terpelajar. Nama mahasiswa itu sudah cukup untuk membuatkan masyarakat sekeliling percaya dan meletakkan harapan pada mereka untuk menambah baik mutu hidup awam.

Tapi, itu dulu.
Sedar atau tidak, akhir-akhir ini rungutan tentang ketidak fleksibelan mahasiswa semakin meningkat. "Siswa tidak tahu ini", "siswa tidak tahu itu", "siswa kurang tahu" dan banyak lagi . Lebih malang lagi, apabila mahasiswa dikatakan tidak maju dan tidak serba boleh seiring dengan nama mahasiswa itu sendiri. 

Atas dasar itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk membetulkan silap pada mahasiswa dalam usaha menukar perspektif negatif yang telah tercalit pada pandangan masyarakat. Perkara ini bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila hal ini timbul dek kemajuan teknologi yang menghakis tujuan sebenar menjadi mahasiswa. Namun tidak bermakna ianya mustahil.

Salah satu inisiatif yang ada, dan dilaksanakan oleh Universiti Malaya adalah dengan mewujudkan kursus universiti ; Jalinan Masyarakat. Subjek ini yang diwajibkan bagi semua pelajar melatih untuk memasyarakatkan pelajar dan mengilap kemahiran insaniah mereka.

Bagaimana ? 

Nah, inilah sebab blog ini kami wujudkan. Untuk berkongsi perjalanan yang bakal kami tempuhi dan dari sudut apa sebenarnya kursus ini dapat menghidupkan kembali sisi-sisi mahasiswa yang dikatakan telah hilang ditelan arus zaman.

Teruskan bersama kami, nantikan post seterusnya!

Dan.. Salam Kenal :)

No comments:

Post a Comment