Tuesday, 28 February 2017

Mesyuarat Kali Ketiga.



بسم الله الرحمن الرحيم


Seusai solat maghrib, bergegas kami ke perkarangan anjung surau di Akademi Pengajian Islam. Kami berkumpul di sana, dan tepat pada jam 8.25malam, mesyuarat kami yang ketiga dimulakan!

"Al-fatihah" Shukri memulakan majlis. Kemudian, dia menyambung lagi "Pilihan ke rumah anak yatim kita tak dapat dilaksanakan atas faktor-faktor tertentu". Tidak dapat tidak, program yang kedua iaitu program ke sekolah menengah menjadi pilihan. Atas kecekapan pengarah program, sekolah telah pun dia pilih! Iaitu SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim yang terletak di Melaka.
63 orang peserta akan menyertai program terserbut nanti yang akan dijalankan selama 3 hari 2 malam dari 13 hingga 15 April 2017.

Kemudian tibalah pula giliran ketua-ketua unit untuk memberi maklumbalas tentang gerak kerja yang mereka telah jalankan. Oh, sebelum saya lupa, kami terdiri dari tujuh jawatankuasa. Antaranya ialah unit program dan aktiviti, publisiti dan multimedia, protokol dan pendaftaran, logistik dan cenderamata, kebajikan dan keselamatan, tajaan dan hubungan korporat dan yang terakhir ialah teknikal dan pengangkutan.

p/s: Tarikh semakin dekat dengan program. Perancangan masih lagi dalam proses permulaan, moga apa yang kami buat dibantu Allah. Harapan yang besar agar program berjalan dengan lancarnya. Namun, kita insan, tidak sempurna, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun, mestilah belajar dari kesilapan agar kita dapat mengubah diri kita menjadi insan yang lebih cemerlang. GAMBATTE! 

Bulatan kasih sayang AQSA :)

Manusia megah mencapai cita,
Mencari kesempurnaan dalam segala,
Kita insan sentiasa lupa,
Allah sahaja Yang Maha Sempurna.

Namun ini bukanlah alasan,

Untuk insan mundur kebelakang,
Tetaplah insan maju kehadapan,
Belajarlah dari silap yang silam.

No comments:

Post a Comment