بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum :)Bila bercakap pasal program kami yang akan dijalankan di Melaka ni, memang tak sah kalau tak fikirkan pasal kenderaan. Itulah jalan untuk sampaikan kami ke sana. Fikir punya fikir punya fikir, banyak cadangan yang unit pengangkutan & teknikal terima.
Antaranya bas, kereta sendiri-sendiri hahah. Ok. Basikal tu tipu. Setiap cadangan tu kami fikir baik dan buruknya pulak. Bukan senang nak jalan jauh-jauh ni. Banyak nau kene fikir. Pada pertemuan pertama, kami hanya menerima cadangan. Pertemuan kedua pulak, sambung tentang pro and con cadangan tu. Basically kami terus kepada bas sebab kami dah survey harga bas dan harganya lebih berpatutan. Ada juga yang cadangkan untuk pergi dengan kereta. Sebabnya, lebih mudah untuk bergerak ke mana-mana kat Melaka nanti. Nak berjalan pun bebas jugak hikss.
Bila dah ade dua suggestions yang strong ni, kami pun rujuklah penyelaras kami, Dr Selamat. Rujuk punya rujuk, Dr pun kata lebih baik kita ambil bas. Bergerak pun sama-sama, nak tidur terbongkang *kepenatan pun takde masalah dalam bas tu. Bukan kami drebar hikks. Sorry pakcik. Nanti kami lantik sorang teman pakcik :D
Dengan itu, kami gunakan majoriti undian dan segala pujuk rayu *bagi ramai lagi undi bas, termaktublah bas sebagai kenderaan kami nanti yeayy! Finally! Segala krisis, masalah, halangan berjaya kami atasi dengan jayanya. Alhamdulillah. Nak deal dengan tuan bas pun tak susah tau. Terharu sangat. Tak perlu susah susah kami keluar ke syarikat bas tu, tuan bas tu datang mai jumpa kami pleasure sangat. Terima kasih tuan bas yang baik hati
![]() |
| inilah tuan bas kami yang comel lagi baik hati |
![]() |
| Pengarah dan ketua unit kami sedang berbincang dengan pakcik bas demi kemaslahatan semua |
Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan projek kami di Melaka nanti. Stay tuned guys :D
The Rise Of Leaders
SMA (JAIM) Al-Ehya El-Karim,
Tanjung Bidara,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.
#theriseofleaders
#jmaqsa1617


No comments:
Post a Comment