Assalamualaikum w.w
Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat islam dan iman. Selawat dan salam keatas junjungan Rasulullah SAW dan keluarga baginda.Alhamdulillah.. Nampaknya program kita semakin dekat dan progress setakat ni agak baik. Semua mesti berdebor-debor kan tapi pada masa yang sama mesti tak sabar nak jumpa adik-adik dekat sana. Program-program juga..keselamatan dan kebajikan jangan dilupakan.. Jadi kamilah yang akan menjaga kebajikan adik-adik SMA (JAIM) Al -Ehya Elkarim dan sahabat-sahabat syurga disana. Jadi kami nak update sikit la progress kami setakat ini.
Unit Kebajikan dan keselamatan sedia berkhidmat Insya Allah lepas cuti mid sem ni kami akan terus menempah roti dan air sebagai alas perut dalam bas. Yela kan dalam bas nak buat apa lagi selain tidur.
Karang ada yang kata lapar tak boleh nak tidur. Dan untuk makanan kami sepanjang di sekolah jugak dimaklumkan oleh pihak sekolah sendiri bahawa mereka akan menyediakan makanan untuk kami (makan sedap la kita) ..Kalau tak ada makanan macam mana nak berprogram kan..
Untuk memastikan adik-adik dan sahabat dunia akhirat ni dalam keadaan baik..kami dah survey balai polis dan hospital/klinik yang terdekat..Yela kan malang tak berbau..Jadi kita kena tahu jugak sebenarnya kedudukan kalau-kalau ada kecemasa berlaku. Tak lupa jugak first aid utk kecederaan yang tidak serius. Kami harap program kami berjalan lancar dengan izin Allah.
No comments:
Post a Comment